* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan
kita pada masa depan.
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
*memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s: Sesungguhnya pengalaman itu mengajar kita supaya lebih berhati-hati melayari kehidupan.
Cinta pada hobi. Ada bermacam-macam hobi. Hobi memancing, kereta, menjerat burung, kumpul syiling. Dan bermacam-macam lagi. Ada hobi yang membawa pulangan wang dan ada hobi yang melayangkan wang. Tergantung kepada penghobi menguruskan hobi. Hobi saya? photography. Saya suka dengan hobi ni. sebab dengan hobi nie saya boleh rakamkan detik-detik sejarah, bahagia dan sebagainya. Dengan hobi nie juga leh buat saya travel ke mana-mana. Best kan?
Dalam kita berhobi, apa-apa pun jangan lupakan tanggungjawab kita sebagai Suami, Isteri, anak, bapa, ibu dan terutama sekali sebagai Seorang yang beragama Islam. peace…
Assalamualaikum.. Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama Islam dan juga kepada yang bukan beragama Islam yang nak rasa-rasa keseronokan berpuasa.
Kesempatan ini saya ingin memohon maaf kalau ada salah dan silap. Semoga Ramadhan kali ini memberikanku lebih KESABARAN dan KESUNGGUHAN untuk mencapai cita-cita. Amin.
Assalamualaikum. Lama benor rasenya tak update blog saye nie. memang bulan Ogos nie bulan kesibukan saya. Job wedding pun tak ambik. Tapi berkesempatan la pergi majlis perkahwinan kawan baik saya dan sama-sama belajar di Indonesia, Rijal(maqbal) dan Azwa. Kahwin lagi jugak ko maqbal. Say, Syfuddin, Ain dan Anisah ke sana pagi Sabtu. Melepak di kebun Ain semalaman. Dapat layanan yang first class plak tu. Memang best. Esoknya ke kenduri Maqbal dan Azwa kat Taiping. Sempat la jumpa angkatan-angkatan yang belajar kat Indonesia. Kak Tun, Kak Mas, Abu dan Pak Ya.
Ok. nie la sedikit gambar. Rasa macam dah kaku lak nak amik gambar wedding. Tolong!!! aku nak tag along!!!
Assalamualaikum… hurmm…hari nie dapat kata-kata dari Saupix. Bila diteliti dan dikaji, sangat menarik dan ada benarnya. Kata Saupix dia amik dari email…
“Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “
Hidup di dunia, kita dikurniakan bermacam-macam perasaan… Kadang-kadang kita rasa TAKUT.Mudah-mudahan takut kita tu kerana Allah…Dan yang utamanya adalah takut pada Allah.
Kadang-kadang kita rasa TERKEJUT. Terkejut kerana berlaku satu perkara yang tak disangka-sangka…
dan kadang-kadang kita rasa BINGUNG. Kalau rasa camnie, cepat-cepat minta petunjuk dariNya…
Apa-apa pun yang kita rasa, mudah-mudahan ia memberi amal yang baik untuk kita bawa MATI. apapun rasa… cinta, benci, cemburu, sayang dan semuanya.dan semuanya itu adalah anugerah dariNya. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali…
Assalamualaikum..saya baru terperasan ada komen dari pembaca blog saye berupa cerita.mungkin cerita benar beliau sendiri. Kita sama-sama hayati. Kepada watak yang terlibat dalam cerita ini, tabahkanlah hati. Al-fatihah kepada arwah…
CATATAN SEORANG AYAH
..Setelah bertarung dengan penyakit yang secara purata pengidapnya hanya dapat bertahan setakat 2 minggu selepas dilahirkan (hypophosphatasia- komplikasi dengan kandungan kalsium dalam tulang belakang), akhirnya perjuangan Alesha Abriza, satu-satunya permata hatiku berakhir sebaik sahaja azan subuh 13 Mei 2006 (15 Rabiulakhir 1427) berakhir. Pada subuh itu, genap usianya 150 hari di muka bumi ini. Dari jumlah itu, hanya 2 hari beliau berada disisi kami di rumah dan selebihnya di wad NICU Hospital Putrajaya dan Hospital Seremban.
Alesha tetap memberikan senyuman kepada kami disaat-saat akhir kehidupannya. Beliau tidak pernah menyusahkan kami malahan doktor dan jururawat yang merawatnya..
Dimalam terakhir hayatnya, Alesha langsung tidak menganggu kami. Sepanjang malam itu, Alesha tidur dengan amannya. Pada pukul 4.40 pagi, Alesha mulai menunjukkan tanda-tanda akan meninggalkan kami selamanya. Tubuh badannya mulai membiru dan menjadi sejuk.. Pihak hospital memberikan ruang kepada kami anak beranak untuk bersendirian. Kami bertiga, Alesha, isteriku dan aku sendiri berpelukkan dan membisikkan kalimah tauhid di telinganya.
Sejenak sebelum Alesha menghembuskan nafasnya, azan subuh berkumandang. Isteriku memohon pada Alesha, katanya: “Lesha sebelum pergi senyumlah pada mama… mama dan papa redha Alesha pergi… senyumlah sayang”. Kata-kata itu akan menjadi tangkal bagi saya selama-lamanya.
Seolah-olahnya Alesha Abriza faham akan permintaan dari ibunya itu. Alesha telah menoleh pada ibunya, memberikan sekuntum senyuman yang paling manis buat ibunya, jelas juga kelihatan setitik air matanya mengalir di penjuru matanya, sebelum nafas terakhirnya diragut! Maka sempurnalah sudah rahmat Allah kepada hambaNya pada pagi itu.
Assalamualaikum Abah-abah…apa khabar anda semua? hurmm..seperti yang ramai tahu, esok hari bapa. Jadi apa tindakan anda? Luangkan masa sedikit dengan bapa anda untuk menungkapkan Terima Kasih…kerana telah membesarkan anda, mendidik anda dan segalanya untuk anda.
Saya dah takde abah…dah setahun lebih meninggalkan saya. Al-Fatihah untuk arwah abah. Terima kasih untuk segalanya…
Me and abah during Hari Raya Aidilfitri 2006. (Last Aidilfitri for him)